Parkir Pintar Kecerdasan Buatan membantu penguatkuasa tempatan atau pengusaha parkir bagi mengurus dan memantau parkir secara lebih efisen dalam mengenalpasti kawasan yang perlu dikawalselia oleh penguasa untuk proses saman atau kunci kenderaan dalam masa yang sama boleh menganalisa statistik parkir yg lebih efisen.
Persendirian
IoT
Terbuka
Teknologi dibangunkan menggunakan python sebagai bahasa utama aturcara, serta OpenCV sebagai pustaka bagi penglihatan mesin (Computer Vision) untuk logik sokongan pembelajaran mesin (Machine Learning). Laravel juga digunakan sebagai tulang belakang antara muka pengaturcaraan aplikasi yang menghubungkan aplikasi kecerdasan buatan parking pintar.
Projek tidak digunakan dimana-mana lagi setakat ini dan ini adalah projek permulaan beliau berkecimpung dalam aturcara binaan kecerdasan buatan (AI)
Nama Kumpulan: Muhammad Hamizi Jaminan
Ketua Projek: Muhammad Hamizi Jaminan
Jumlah Ahli Pasukan: 1
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Seorang pengaturcara jalanan berpengalaman lebih 15 tahun yang telah bergelumang dengan pelbagai kod bahasa pengaturcaraan untuk semua jenis peringkat.