• 22 September 2018
  • TM Convention Centre, Kuala Lumpur

Tentang JomWeb

JOMWEB merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh komuniti pembangun tempatan bertujuan memeriahkan lagi ekosistem industri IT di Malaysia. Kami percaya dengan konsep perkongsian ilmu & pengalaman dapat mengukuhkan lagi industri IT tempatan, maju ke tahap yang lebih tinggi.

JomLaunch

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.

Kami di JomWeb percaya, dengan adanya acara sebegini, secara tidak langsung ia seolah-olah memberikan ‘deadline’ kepada mereka yang membangunkan projek persendirian.

Selain itu, kami juga mahu meraikan kepakaran tempatan serta mengetengahkan produk-produk yang mempunyai nilai komersil.

Kategori Projek @ JomLaunch

Sumber Terbuka

Kod aturcara diberikan secara percuma? Kategorikan projek anda sebagai sumber terbuka. Terima kasih kerana cuba mengubah dunia!

Peribadi

Projek suka-suka? Kod anda masih lagi untuk tatapan diri sendiri? Kategori ini paling sesuai untuk anda. Asah produk anda hingga berjaya!

Komuniti

Servis yang diberikan adalah percuma? Projek anda seharusnya berada didalam kategori komuniti. Teruskan berbakti!

Komersil

Produk syarikat? Mensasarkan keuntungan? Sertai kami dengan memilih kategori komersil. Semoga anda sukses!

JomLaunch Kenang-Kenangan

Dijayakan Bersama-sama Oleh: