Projek yang kami bangunkan ini berinspirasikan dari peti surat yang sedia ada pada rumah bertingkat contohnya apartment, kondominium, kuarters dan bangunan-bangunan yang menggunakan kaedah peti surat dan tiada tempat pengumpulan barang yang di beli oleh pengguna melalui atas talian. Jadi, semestinya golongan sasaran utama projek kami ialah penduduk perumahan yang sangat memerlukan produk sebegini lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 yang mengalakkan kita untuk tidak berjumpa bersama orang ramai lagi-lagi penghantar barang yang kini juga digelar sebagai "Frontliners". Selain itu, ia juga mampu menyediakan sistem penghantaran dan penerimaan barang melalui "Contactless Delivery" yang disarankan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia. Akhir sekali, penerima atau penghantar tidak perlu saling menunggu kerana ia hanya perlu meletakkan barang tersebut ke dalam Easy Drop dengan cara pengguna hanya perlu menghantar arahan "OPEN" melalui SMS untuk membuka Easy Drop dari jarak yang jauh.
Komuniti
IoT
IPT
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Kami menggunakan Software Arduino untuk projek ini. Di dalam software tersebut, kami telah mengekodkan ke semua komponen yang kami guna antaranya Arduino Uno, GSM Module, IR Sensor, Buck Converter, Magnetic Lock, Power Supply, RFID Scanner dan RFID Card, Relay dan akhir sekali Jumper Wire. Setelah selesai fasa pengekodan, kami memindahkan data tersebut dari Software Arduino ke Arduino Uno dengan menggunakan USB Programming Cable yang perlu disambungkan antara Laptop dan Arduino Uno agar ke semua komponen tersebut dapat berfungsi dengan baik berdasarkan apa yang telah kami kodkan. Kami menggunakan platform SMS kerana walaupun ia agak kelihatan platform yang lama tetapi bagi kami ianya platform paling mudah digunakan. Setiap orang mempunyai telefon bimbit tetapi tidak semua orang mempunyai telefon pintar untuk memuat turun sesuatu aplikasi. Pengguna juga tidak perlu belajar dalam penggunaan aplikasi kerana SMS adalah platform yang dikenali oleh semua orang tidak mengira peringkat umur.
Kami telah membuat kajian di Masreca, 19 Cyberjaya dan kami telah berjaya mendapatkan beberapa maklumbalas yang positif daripada penduduk di sana. Hampir 70% penduduk bersetuju bahawa mereka menghadapi masalah dengan peti surat yang sedia ada dan mereka juga sangat bersetuju jika peti surat tersebut di naik taraf supaya ciri-ciri keselamatan dapat di pertingkatkan. Seramai 80% penduduk di sana mengatakan bahawa peti surat tersebut sangat kecil dan tidak muat untuk memasukkan barang/parcel dan di tempat mereka juga tiada tempat pengumpulan barang/parcel. Mereka juga mempunyai pengalaman masing-masing tentang kehilangan surat dan surat dikoyakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Penduduk bersetuju bahawa jika Easy Drop di bangunkan, ianya akan memberi impak yang baik dan memudahkan sistem penerimaan barang serta surat. Penduduk menyatakan bahawa barang juga selalu hilang jika ditinggalkan di pondok keselamatan yang berada di situ kerana tidak di jaga dengan baik.
Nama Kumpulan: HANAQI
Ketua Projek: Siti Nabilah binti Md Naser
Jumlah Ahli Pasukan: 3
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Kumpulan ini dibangunkan bertujuan untuk memenuhi syarat kami sebagai pelajar untuk menyiapkan Final Year Project kerana kami adalah dari Semester 5 dan pelajar dari jurusan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah. Kesemua ahli kumpulan HANAQI ini terdiri daripada bekas pelajar dari Kolej Komuniti Masjid Tanah yang juga dari jurusan Teknologi Maklumat. Jadi, bila kami dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik dan mendapat Politeknik yang sama, kami telah bersepakat untuk menubuhkan satu kumpulan untuk Final Year Project yang akan kami lalui pada Semester 5. Pada pertandingan tersebut, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama semasa penjurian bersama panel industri dan kami ada perancangan untuk komersial kan produk ini.