Aplikasi Lapasar Borong adalah merupakan aplikasi yang memudahkan perniagaan lain membeli barangan runcit secara pukal secara dalam talian. Ia dibina untuk menggantikan kaedah tempahan barangan runcit melalui panggilan telefon dan email. Dengan aplikasi Lapasar borong, tempahan boleh dilakukan dengan mudah. Dengan rekod pembelian dan senarai harga barangan yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa, ia amat memudahkan pemilik perniagaan lain untuk merancang sebarang pembelian. Aplikasi Lapasar Borong mula dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei 2021. Sasaran pengguna adalah terdiri daripada: - Pemilik kedai runcit - Pemilik restoren - Pembekal makanan
Komersil
Mobile
Terbuka
Lapasar Borong dibangunkan menggunakan Flutter.
Sejak dari pelancaran aplikasi Lapasar Borong pada Mei 2021, aplikasi Lapasar mempunyai 6000 bilangan pengguna yang aktif dan 4000 perniagaan yang berdaftar.
Nama Kumpulan: Tenderin Sdn. Bhd.
Ketua Projek: Farhan Syah
Jumlah Ahli Pasukan: 6
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Lapasar merupakan satu jenama di bawah pengurusan Tenderin Sdn. Bhd. Sejak dari 2018, Lapasar telah membantu banyak organisasi korporat dalam urusan tempahan barangan yang menjimatkan kos operasi dan wang ringgit.
Dan bermula dari Jun 2020, Lapasar mula berkecimpung dalam industri peruncitan dan mula membantu kedai-kedai runcit tempatan berhubung dengan pihak pembekal melalui sistem yang lebih tersusun.