Workbeat merupakan satu projek yang memfokuskan kepada Pengurusan Sumber Manusia di dalam sesebuah organisasi atau syarikat secara digital. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk memastikan proses sumber manusia (HR) dapat dikendalikan dengan mudah dan senang untuk diakses oleh majikan dan pekerja di bawah satu sistem dan boleh di akses di mana sahaja. Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem Workbeat ialah, Hub HR, pengurusan cuti, pengurusan gaji dan tuntutan, penghasilan borang E/EA serta fungsi terbaru kami, iaitu Penyumberan Luar Gaji (Payroll Outsourcing).
Komersil
Web
Terbuka
Programming Language -PHP:Hypertext PreProcessor (PHP) -Structured Query Language (SQL) Development Framework -CakePHP Framework (latest version) -Jquery
Sehingga bulan Jun 2021, terdapat sebanyak 270 syarikat dan 887 pekerja yang berdaftar dengan Workbeat.
Nama Kumpulan: Workbeat Technologies Sdn Bhd
Ketua Projek: Samantha Liew Ming Hwei
Jumlah Ahli Pasukan: 14
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Workbeat Technologies Sdn. Bhd. menyediakan penyelesaian Sumber Manusia (HR) yang direka untuk mendigitalkan tugas pentadbiran manual untuk persekitaran kerja yang produktif dan bebas dari tekanan.
Matlamat kami adalah untuk memudahkan pengurus dan pekerja menguruskan proses HR seperti memohon cuti, menghasilkan penyata gaji, proses tuntutan, dan banyak lagi dalam satu platform dalam masa yang singkat.