EDISI KE-7 - NOVEMBER 2019

JOMLAUNCH7 bakal berlangsung. Kami sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk merealisasikan program ini untuk kita semua. Jika tiada aral, kita bakal berkampung kembali untuk JOMLAUNCH7 dalam bulan November 2019.

Sementara itu, mereka yang ada projek-projek IT yang hebat, dialu-alukan untuk mencadangkan projek anda. 

Isi borang dulu ya. Kita jumpa tak lama lagi.

Penyerahan Projek JOMLAUNCH7

  • Ringkasan, motivasi, pencapaian dan lain-lain berkaitan projek
  • Jumlah pengguna terkini, trafik, jualan dan lain-lain statistik menarik untuk dikongsi
  • Language, OS, PaaS, IaaS, Framework, Database, BaaS dan lain-lain yang berkaitan
  • Akan digunakan sebagai featured image. Saiz 1000 x 700 pixel
  • Drop files here or
    Gambar tambahan. Saiz 1000 x 700 pixel
  • Drop files here or
    Saiz 500 x 500 pixel
  • Drop files here or
    Saiz 500 x 500 pixel
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

JOMLAUNCH adalah acara untuk programmer, techie dan penggiat ICT. Maka JOMLAUNCH mengutamakan penggunaan teknologi, dan kreativiti programming melebihi potensi komersil untuk penyertaan projek. Oleh demikian, projek tidak perlu bersifat komersil dan boleh terdiri daripada salah satu kategori berikut:

  • Sumber Terbuka
  • Peribadi
  • Komuniti
  • Komersil

JOMLAUNCH menggalakkan projek-projek peribadi, projek akhir daripada penuntut IPT, projek jabatan, agensi dan badan kerajaan, juga projek dalaman.

Dan pastinya, projek komersil oleh syarikat dan startup juga dialu-alukan.

Dan jangan lupa… oleh sebab ini adalah projek komuniti, kita perlukan semua orang untuk menyumbang, dengan membeli tiket. Dan ini termasuklah projek yang terpilih untuk membentang.

Pihak yang mengisi borang untuk penyertaan mesti bersedia untuk berkongsi maklumat teknologi yang digunakan untuk projek. Ianya tidak perlu terperinci sehingga mendedahkan rahsia produk. Tetapi kami hargai perkongsian teknologi seperinci yang mungkin daripada pihak projek. Contoh adalah seperti bahasa pengaturcaraan, framework pembangunan, hosting, database, dll.

Penganjur JOMLAUNCH akan memilih sehingga 20 projek untuk membentangkan projek semasa JOMLAUNCH. Projek yang terpilih diminta bersiap sedia untuk membentang dan berkongsi tentang projek yang dibangunkan bersama hadiran dan peserta JOMLAUNCH. Format dan tempoh masa pembentangan akan dimaklumkan kelak.

Penganjur JOMLAUNCH berkuasa penuh kepada pemilihan projek untuk perkongsian semasa acara.

oleh kerana JOMLAUNCH adalah projek komuniti, kita perlukan semua orang untuk menyumbang, dengan membeli tiket. Dan ini termasuklah AJK sendiri, sukarelawan dan juga pembentang projek yang terpilih untuk membentang.

Penghantaran projek akan ditutup pada 30 September 2019. Ini bagi memudahkan urusan pemilihan projek dan lain-lain urusan penganjuran JOMLAUNCH.

Sila serahkan borang ini segera!