EDISI KE-7

9 NOVEMBER 2019

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

ProjekIoT

https://projekiot.com

ProjekIoT ialah satu sistem IoT middleware yang membolehkan pembangun IoT menyimpan data IoT device mereka untuk rekod dan pemprosesan. Walaupun terdapat beberapa IoT middleware di dalam pasaran, tetapi tiada IoT middleware yang membolehkan data tersebut diakses oleh public secara realtime.

Melihat ‘gap’ ini, idea ProjekIoT diilhamkan oleh Tuan Shahrul Nizam (Sahrul Technologies). Bersama Akmal Hazim (InStack Technologies), ProjekIoT dibangunkan dalam beberapa fasa. MVP pertama mula digunakan sejak 30 July 2019. Setelah 2 bulan dilancarkan, sistem telah mencapai 109 pengguna ‘verified’, dengan 66 projek IoT, dengan data tersimpan sebanyak 194268 rekod.

Sebelum hujung tahun 2019, ProjekIoT akan melalui fasa ubah-semula (revamp) kepada teknologi microservice secara menyeluruh. Antara fungsi yang akan ditambah secara berperingkat ialah – rule-based IFTTT, notifikasi yang lebih baik, capaian webhook, aplikasi mobile, personalized IoT portfolio with live feed, integrasi dengan Telegram dan bermacam-macam lagi.

Oleh

Kolaborasi bersama - Sahrul Technologies & InStack Technologies

Kumpulan ProjekIoT dibangunkan hasil kolaborasi 2 syarikat tempatan Sahrul Technologies (Shahrul Nizam) dan InStack Technologies (Akmal Hazim). Sahrul Technologies banyak terlibat dengan pembangunan solusi IoT dan banyak memberi khidmat nasihat dan latihan kepada organisasi tempatan. InStack Technologies pula terlibat dengan pembangunan sistem aplikasi web, mobile app, dan juga hosting (InspyreHosting).

Terkini

Users – 109 IoT Project – 66 IoT Sensor – 80 Jumlah rekod (datapoints) – 194268++ rekod

Teknologi

NodeJS, PHP/Laravel, MongoDB, MySQL, Redis, AWS SES, Docker, Kubernetes, VueJS, Socket.io, RabbitMQ, MQTT, Stripe(Payment Gateway), RunCloud