Bot pelbagai-guna untuk Telegram. Antara fungsi yang disediakan ialah semakan status penghantaran kurier, waktu solat, cuaca, OCR imej kepada teks dan teka teki.
Mula dibina semasa kerja pejabat, sebagai projek sambilan mengasah skil koding supaya tidak karat, memandangkan skop kerja tidak melibatkan koding. Bermula dengan bot ringkas untuk bersembang (integrasi chat SimSimi), ia dikembangkan kepada pelbagai fungsi apabila pengguna semakin bertambah dan permintaan untuk pelbagaikan fungsi.