EDISI KE-7

9 NOVEMBER 2019

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Pandai

http://www.pandai.org

Para pelajar sekolah sememangnya menghabiskan masa yang sangat banyak menggunakan telefon – menonton video, bermain game, dan sebagainya. Malangnya, tiada aplikasi pembelajaran yang betul-betul berkualiti, mengikut silibus sekolah, dan menarik minat mereka.

PANDAI ialah sebuah aplikasi pembelajaran alaf baru yang menawarkan pendidikan berkualiti dan personalized kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dengan menggunakan aplikasi mudah alih Pandai, pelajar boleh mendapat soalan-soalan harian berbentuk kuiz interaktif, yang lengkap dengan jawapan dan juga penerangan.

Berbeza dengan produk lain, kandungan Pandai adalah berasaskan silibus, iaitu mengandungi soalan-soalan yang berpandukan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apa yang menarik, pelajar mendapat soalan-soalan yang ‘personalized’, mengikut tahap seseorang pelajar, dan subjek yang mereka ambil.

Pandai direkabentuk untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dan dilengkapi dengan ciri-ciri ‘gamification elements’. Ibu bapa dan guru juga dapat melihat statistik dan laporan prestasi pelajar.

Buat masa ini, versi awal Pandai (public beta) boleh dimuatturun di www.pandai.org.

Akan datang, Pandai akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik, bukan sahaja untuk pelajar, malah untuk ibu bapa dan guru juga.

Oleh

Pandai Education Sdn Bhd

Kami mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang pendidikan. Selama ini, kami menawarkan beberapa program pendidikan yang khusus kepada pelajar-pelajar sekolah. Alhamdulillah, program-progam kami kini mendapat sambutan yang baik setiap tahun. Dalam tahun 2019 sahaja, lebih 70,000 pelajar sekolah dari seluruh Malaysia telah menyertai program-program berbayar sediaada kami. Oleh itu, dengan adanya aplikasi mudahalih Pandai, kami yakin dapat membantu lebih ramai pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

Terkini

October 2019: Public beta (Android). January 2020: Public launching (Android & IOS).

Teknologi

Back End: PHP Laravel, MySQL, Google Cloud Platform (GCP). App: Native Android.