EDISI KE-7

9 NOVEMBER 2019

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Low-cost Network Attached Storage Setup with Management System

http://nas.server.my

Projek ini merupakan idea daripada projek tahun akhir untuk program sarjana muda di universiti. Projek ini menawarkan Network Attached Storage (NAS) pada harga yang lebih murah daripada harga NAS yang berada pasaran dan mampu untuk di bina dengan sendiri dari rumah. Projek ini hanya memerlukan Raspberry Pi dan juga External HDD untuk dijadikan tambahan pada storage. Projek ini pernah di jalankan pada Raspberry Pi 3 Model B+ dengan tambahan External HDD berkapasiti 1TB dan di sambung ke router internet. Projek ini juga termasuk dengan pembangunan sistem untuk menggunakan dan mengawal NAS tersebut, bahasa asas untuk sistem ini ialah PHP. Sistem ini menawarkan paparan pada muka hadapan dashboard yang mempunyai maklumat asas berkaitan sistem, seperti Maklumat hardware yang digunakan, maklumat memory yang digunakan dan yang berbaki, termasuk juga jumlah storan yang digunakan dan juga jumlah storan keseluruhan. Paparan dashboard juga menunjukan jumlah files yang ada pada folder2 asas seperti folder music, video, document dan image. Seterusnya, laman File Manager, laman ini membenarkan user untuk mengawal files dan data yang berada dalam storan, fungsi asas seperti upload,download,delete,edit ada pada laman ini. Pada laman berikutnya, laman media yang di bahagikan kepada dua, iaitu video dan music, pada laman video ia akan membenarkan user untuk memaparkan video secara terus melalui browser tanpa perlu memuat naik terlebih dahulu video yang ingin di mainkan. Pada lama music pula terdapat fungsi music player yang akan membenarkan user untuk mendengar lagu secara playlist terus dari browser yang hanya memerlukan browser untuk menyokong HTML5. Laman seterusnya ialah laman user, laman ini akan membenarkan pengguna untuk menambah pengguna lain dan menetapkan tetapan asas sebagai pengguna. Projek ini di jalankan dengan tujuan untuk menyokong perkembangan teknologi IoT dalam bahagian Smart Home.

Oleh

Muhammad Iqbal Bin Mohamad Zaimi

Projek ini di jalankan untuk projek tahun akhir bersama dengan bantuan supervisor universiti.

Terkini

Mendaftar di MyIPO untuk hak cipta karya, dengan nombor pemberitahuan CRLY00015509

Teknologi

Support any Linux dengan tetapan LAMP atau PHP dengan MYSQL.