EDISI KE-7

9 NOVEMBER 2019

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Buku Komunikasi (BuKom) CaknaAutisma

https://caknaautisma.org

TIDAK seperti app pelaporan murid sekolah yang lain, BuKom CaknaAutisma dibangunkan khas fokus kepada penilaian dan pemantauan perkembangan anak-anak AUTISME.

Mari kita “tolak tepi” masalah-masalah klise yang biasanya berjaya diselesaikan dengan penggunaan app seperti; ibubapa lebih mudah untuk membaca laporan dari guru, notifikasi kepada ibubapa dapat dihantar dengan segera, guru menggunakan sistem yang bersepadu, dan yang seantero dengannya.

Di Pusat GENIUS Kurnia, ibubapa dan tenaga pengajar (guru) masih berkomunikasi menggunakan cara konvensional iaitu melalui buku laporan yang ditulis dan disimpan di dalam beg anak kemudian dibaca oleh ibubapa di rumah. Bagi anak-anak berkeperluan khas, komunikasi di antara ibubapa dan guru amatlah penting. App BuKom CaknaAutisma adalah pengganti kepada buku komunikasi ini dalam bentuk digital.

BuKom CaknaAutisma mengetengahkan cara laporan unik yang hanya berpadanan dengan anak berkeperluan khas Autisme. Setiap hari, anak-anak Autisme perlu dinilai tingkahlaku mereka, latihan ke tandas, kemahiran bersosial, kebolehan meminta dan lain-lain penilaian yang tidak diaplikasikan kepada anak-anak yang normal. Laporan boleh dibuat oleh guru dengan mengakses sistem admin back-office melalui PC atau telefon bimbit. Ibubapa kemudian boleh memberi maklumbalas secara terus kepada guru setiap hari melalui app.

Maklumat laporan yang kini dalam bentuk digital memberi beberapa manfaat iaitu pertama, perkembangan dan pencapaian anak boleh divisualkan dalam bentuk graf. Kedua, apabila anak bertukar kelas atau sekolah, guru baru lebih mudah untuk mengenal tahap anak dengan hanya membaca ringkasan laporan dan yang ketiga, data terkumpul ini boleh digunakan sebagai data analitik oleh pegawai intervensi untuk menganalisa corak dan tingkah laku perkembangan anak-anak Autisme.

Kami sudah melancarkan kempen crowdfunding bagi pembangunan app ini di laman web LaunchGood dan sehingga kita berjaya meraih sumbangan melebihi USD6,000.

Oleh

Persatuan Ibu Bapa & Ahli Intervensi (PIBI)

Persatuan Ibu Bapa & Ahli Intervensi (PIBI) adalah sebuah persatuan di bawah Pusat GENIUS Kurnia, sebuah pusat kanak-kanak autisme yang bertujuan untuk memberi mereka permulaan kehidupan melalui pendidikan, penjagaan dan intervensi awal. PIBI ditubuhkan sebagai platform untuk menyatukan para ibu bapa dan tenaga pengajar dalam menjalankan aktiviti, program, komunikasi serta kebajikan bersama.

Terkini

Pusat GENIUS Kurnia akan menjadi pilot kepada App BuKom CaknaAutisma bermula Januari 2020. Jumlah anak Autisme = 500 orang Jumlah ibubapa/penjaga = 1000 orang Jumlah tenaga pengajar = 120 orang Jumlah kakitangan (Admin) = 10 orang

Teknologi

PHP Laravel, Ionic Framework with Cordova & Angular JS, Runcloud, Linux Ubuntu, NGiNX, MySQL, Firebase.