2rawda

https://2studios.xyz/

2rawda merupakan satu platform bagi muslim untuk mengikuti perkembangan terkini berkenaan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah/kuliah dan pengajian kitab yang berlaku di sekeliling mereka. Kebiasaanya, komuniti muslim mendapat maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti sebegini melalui pelbagai sumber dan kadang-kala sukar untuk dijejaki dengan efektif. 2rawda cuba untuk mengatasi permasalahan ini dengan menyediakan satu platform bagi komuniti muslim setempat untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan lebih cepat dan berkesan.

Oleh

2Studios Lab PLT

Syarikat permulaan bawah skema permulaan Multimedia University. Diketuai oleh Dr. Azlan bin Abd Aziz, pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, Multimedia University.

Terkini

Baru sahaja selesai proses pembangunan dan masih dalam fasa percubaan. Dijangka akan dilancarkan untuk percubaan umum pada 21/08/2018.

Teknologi

Server: Dibangunkan menggunakan framework ASP.NET Core dan bahasa C#. Dihos menggunakan Vultr VPS (Ubuntu 18.04 LTS). Database menggunakan PostgreSQL dan ElasticSearch. Mobile: Dibangunkan untuk iOS dan Android menggunakan framework Flutter dan bahasa Dart.