Hantar Projek Anda

  • Apa yang anda perlu tahu tentang JOMLAUNCH

    JOMLAUNCH adalah acara untuk programmer, techie dan penggiat ICT. Maka JOMLAUNCH mengutamakan penggunaan teknologi, dan kreativiti programming melebihi potensi komersil untuk penyertaan projek. Oleh demikian, projek tidak perlu bersifat komersil dan boleh terdiri daripada salah satu kategori berikut:

    • Sumber Terbuka
    • Peribadi
    • Komuniti
    • Komersil

    JOMLAUNCH menggalakkan projek-projek peribadi, projek akhir daripada penuntut IPT, projek jabatan, agensi dan badan kerajaan, juga projek dalaman.

    Dan pastinya, projek komersil oleh syarikat dan startup juga dialu-alukan.

    Dan jangan lupa… oleh sebab ini adalah projek komuniti, kita perlukan semua orang untuk menyumbang, dengan membeli tiket. Dan ini termasuklah projek yang terpilih untuk membentang.

  • Perkongsian Maklumat Teknologi Pembangunan
  • Persiapan Pembentangan

    Penganjur JOMLAUNCH akan memilih sehingga 20 projek untuk membentangkan projek semasa JOMLAUNCH. Projek yang terpilih diminta bersiap sedia untuk membentang dan berkongsi tentang projek yang dibangunkan bersama hadiran dan peserta JOMLAUNCH. Format dan tempoh masa pembentangan akan dimaklumkan kelak.

  • Pemilihan Projek

    Penganjur JOMLAUNCH berkuasa penuh kepada pemilihan projek untuk perkongsian semasa acara.

  • Wajib Beli Tiket

    Oleh kerana JOMLAUNCH adalah acara komuniti, kita perlukan semua orang untuk menyumbang, dengan membeli tiket. Dan ini termasuklah AJK sendiri, sukarelawan dan juga pembentang projek yang terpilih untuk membentang.

  • Tarikh Tutup Cadangan Projek

    Penghantaran projek akan ditutup pada 25 Julai 2021. Ini bagi memudahkan urusan pemilihan projek dan lain-lain urusan penganjuran JOMLAUNCH.

    Sila serahkan borang ini segera!

Kategori IPT dijayakan bersama

;