Sistem Reunification Literacy For Dynamic Evaluation With Artificial Intelligence atau lebih dikenali dengan nama Dynanity merupakan salah satu sistem penjurian projek tahun akhir bagi Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif (FSKIK) yang dihasilkan oleh inisiatif pensyarah dan pelajar Diploma Sains Komputer. Projek Dynanity mengambil inspirasi dan kemaskini daripada projek-projek yang hampir serupa yang telah dikelolakan oleh pelajar diploma. Projek ini telah memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar tahun akhir dan pensyarah yang terlibat sebagai penyelia pelajar atau juri pameran. Dynanity telah menyelesaikan masalah berkaitan bagaimana untuk pendaftaran pelajar dan juri, pengumpulan borang permarkahan, pengiraan markah, pemenang pameran dan sebagainya.
Persendirian
Web
IPT
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pada awalnya, projek ini menggunakan Vanilla PHP tanpa sebarang framework. Hanya menggunakan PHP FPM 7.0 dan PDO extension berserta MariaDB sebagai pangkalan data. Pada awalnya, bahagian pelayan (server) projek ini menggunakan 'Stack Technology' berasaskan LAMP (Linux, Apache, MariaDB, PHP) dan dilengkapi dengan panel kawalan daripada Runcloud. Menggunakan kaedah PHP PDO sebagai asas pengaturcaraan.
Pada saat ini projek ini telah menggunakan hampir 165 data pelajar dan projek tahun akhir yang melibatkan pameran The Next Level dan DICIPE. Terdapat hampir 40 data juri telah dikumpulkan. Untuk acara Anugerah Kecemerlangan Akademia terdapat hampir 200 data peserta dan hampir 50 data juri telah berjaya dikumpulkan.
Nama Kumpulan: The Prodigies
Ketua Projek: Muhamad Said Nizamuddin bin Nadim
Jumlah Ahli Pasukan: 6
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Pada awal penubuhan kumpulan The Prodigies hanya terdapat dua orang ahli sahaja iaitu Muhamad Said Nizamuddin bin Nadim (Ketua Kumpulan) dan Dr. Nor Masharah binti Husain (Penyelia Projek) untuk menyatukan kesemua modul yang terdapat di dalam ketiga-tiga sistem ini menjadi sistem berpusat dan mengikut acuan pihak ICT UPSI. Selepas itu, kami cuba untuk mencari ahli baharu untuk menambah cadangan dalam mengukuhkan sistem ini. Setelah iklan dan saringan telah dibuka terdapat empat ahli yang merupakan Alumni UPSI yang berminat untuk menyertai projek ini. Diantara ahli-ahlinya terdiri daripada Muhammad Fakhri Azam bin Mohd Fadzil (Pemilik Atasan Restu), Asyraf Irfan bin Jamaludin (Web Developer), Muhammad Zulhakimi bin Zulkifli (Web Developer) dan Ilias Daniel bin Mohd Fazilan (Sosial Media Marketer).