Projek ini dibangunkan bagi membina sebuah aplikasi web yang dapat digunakan oleh pelajar Kolej Vokasional bagi melakukan beberapa fungsi melalui antaramuka web. Projek ini diterbitkan secara sumber terbuka di bawah lesen GPLv3 bagi membolehkan mana-mana individu dan Kolej Vokasional untuk memberi sumbangan idea dan juga penambaikan selain membenarkan mereka menggunakan sistem ini secara percuma. Ini kerana kebanyakan Kolej Vokasional masih tidak mempunyai sistem sebegini. Jika ada, sistem mereka bersifat tertutup ataupun sistem yang tidak mesra pengguna. Antara fungsi yang dalam perancangan dan pembangunan ialah: - Transkrip semester (Pelajar dapat lihat dan muat turun transkrip) - Kehadiran kelas - Pendaftaran semester dan asrama - Permohonan Diploma Vokasional Malayia (DVM)
Sumber Terbuka
Web
IPT
Kolej Vokasional Gerik
Laravel - Framework PHP Bootstrap - Framework CSS Bootstrap Icons - Icons Invervention - PHP image library Hover.css - Library CSS untuk hover effect PhpSpreadsheet - PHP Spreadsheet library Laravel TCPDF - PHP PDF library
Setakat ini kami masih belum mendapat sebarang statisitik kerana projek ini belum dilancarkan.
Nama Kumpulan: Hadi Irfan
Ketua Projek: Muhammad Hanis Irfan bin Mohd Zaid
Jumlah Ahli Pasukan: 2
Ringkasan Kumpulan / Syarikat
Kumpulan ini terdiri daripada dua orang pelajar Kolej Vokasional Gerik iaitu Muhammad Hanis Irfan bin Mohd Zaid dan Amirah Hadirah Aina binti Ramlan Jafery.