16 September 2017 TM Convention Centre, Kuala Lumpur

JomLaunch

Dibawakan oleh JomWeb

Dari komuniti untuk komuniti

Demo serta lancarkan projek anda untuk tatapan rakyat Malaysia




Tentang JomWeb

JOMWEB merupakan satu kumpulan di Facebook yang digerakkan oleh komuniti pembangun tempatan bertujuan meningkatkan lagi darjat serta menceriakan lagi industri IT di Malaysia. Kami percaya dengan konsep perkongsian ilmu dapat mengukuhkan lagi industri IT tempatan ke tahap yang lebih tinggi.


JomLaunch

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.

Kami diJomWeb percaya, dengan adanya acara sebegini, secara tidak langsung ia seolah-olah memberikan 'deadline' kepada mereka yang membangunkan projek persendirian.

Selain itu, kami juga mahu meraikan kepakaran tempatan serta mengetengahkan produk-produk yang mempunyai nilai komersil.

 

Penganjur bersama


 

TM:RE

RE: merupakan inisiatif di bawah kumpulan Telekom Malaysia bertujuan menjadi pemangkin kepada budaya inovatif, kreatif, keusahawanan dan mengambil peluang membuka pasaran perniagaan TM yang luas dengan syarikat permulaan (startup) yang berpotensi tinggi melalui perkongsian model perniagaan. Melalui kerjasama ini TM berupaya membuat penilaian serta pelaburan dan mengadaptasikan teknologi-teknologi yang dapat memacu produktiviti di dalam syarikat TM. Layari laman web di www.tm.com.my/re

Amanz.my

Amanz adalah portal teknologi tempatan yang membawakan pelbagai berita berkaitan dunia teknologi, sains dan inovasi sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Disamping menawarkan berita, artikel dan tutorial berkaitan teknologi, Amanz juga turut menyediakan enjin carian gajet, laman khusus untuk mengikuti pelbagai promosi dan diskaun semasa untuk gajet dan perkhidmatan web, selain turut menyediakan sokongan komuniti yang mana pembangun boleh integrasikan pada produk masing-masing melalui API yang disediakan. Layari : www.amanz.my

0

Hari

0

Projek

 

Kategori Projek


Projek-projek di JOMLaunch akan dibahagi kepada 4 kategori

 

Sumber Terbuka
Sumber Terbuka

Kod aturcara diberikan secara percuma? Kategorikan projek anda sebagai sumber terbuka. Terima kasih kerana cuba mengubah dunia!

Komuniti
Komuniti

Servis yang diberikan adalah percuma? Projek anda seharusnya berada didalam kategori komuniti. Teruskan berbakti!

Peribadi
Peribadi

Projek suka-suka? Kod anda masih lagi untuk tatapan diri sendiri? Kategori ini paling sesuai untuk anda. Asah produk anda hingga berjaya!

Peribadi
Komersil

Produk syarikat? Mensasarkan keuntungan? Sertai kami dengan memilih kategori komersil. Semoga anda sukses!

Panel Pembentangan

Berjumpa dengan pakar



Iqbal Abdullah

Iqbal Abdullah

Iqbal Abdullah telah berkhidmat di Jepun sejak 2002 bermula dengan Yahoo! Japan, Amazon Japan sebelum menubuhkan syarikat teknologi sendiri di sana, MARIMORE Inc. MARIMORE Inc kemudiannya melaksanakan penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Xoxzo Inc.

Arzumy MD

Arzumy MD

Beliau sememang dihormati dalam dunia startup di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selaku CTO yang telah membangunkan startup seperti SAYS.com, REV Asia (ketika itu milik Catcha Group), BillPlz dan kini Fave Group.

Adzmely Mansor

Adzmely Mansor

Adzmely umpama seorang Rambo yang menewaskan pihak musuh. Pengalaman serta ilmu beliau dalam bidang keselamatan rangkaian tidak dapat disangkal lagi. Bergerak aktif bersama-sama komuniti OSDC.my.

Dr Murni Mahmud

Dr Murni Mahmud

Sebelum menyertai dunia akademik dan penyelidikan, beliau adalah Penganalisa Sistem untuk Esso Malaysia Berhad. Kini beliau adalah nama yang disegani dalam dunia penyelidikan Human-Computer Interaction (HCI) dan giat aktif dalam komuniti UI/UX.

Syamil MJ

Syamil MJ

Sebelum menyertai Fave sebagai Lead Developer, Syamil aktif membangunkan plugin dan themes untuk Wordpress and memasarkan di ThemeForest. Kini Syamil lebih kerap menggunakan Erlang dan Elixir berbanding PHP dan menggunanya dalam membangunkan sistem untuk Fave.

Lokasi

  • TM Convention Centre
  • admin@jomweb.my

Tentatif



Tiket

Dapatkan tiket anda sementara masih ada



Habis!
Pas Awal
RM30
  • Tempat Duduk Bebas
  • Makanan Disediakan
  • Penghawa dingin disediakan
Beli Sekarang
Pas Biasa
RM50
  • Tempat Duduk Bebas
  • Makanan Disediakan
  • Penghawa dingin disediakan
Beli Sekarang
Pas Wanita
RM40
  • Tempat Duduk Bebas
  • Makanan Disediakan
  • Penghawa dingin disediakan
Beli Sekarang

Penaja

mereka yang menyokong kami